Saturday, 21 December 2013

Perjalanan Hidup..

TADIKA KEMAS 
 
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KIAMBANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TIANG CHANDI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM DUA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SUATU HARI NANTI, IN SHA ALLAH..

Perjalanan hidup aku yang bermula seawal daripada usia enam tahun sehingga sekarang. Jika dikenang kembali, seakan tidak pecaya aku mampu menharungi hidup ini sehingga aku mencecah usia 21 kini. Alhamduillah.  Hari yang yang sangat dinanti-nantikan diriku adalah hari Kovokesyen, ingi sekali rasanya diri ini melihat ibu bapaku tersenyum riang melihat aku mengengam segulung ijazah.. In sha Allah hari itu akan muncul tidak lama lagi..

Thursday, 19 December 2013

STUDY WEEK


Tertekan dan tidak tahu dimana mahu mulakan pembelajaran atau ulangkaji. Tekanan ini sering kali di alami oleh diri aku di saat peperiksaan akhir menjelma lagi. Masih teringat pengalaman pertama aku menduduki peperiksaan di universiti. Perasaan takut, membelenggu diri ketika itu kerana merasakan diri sangat kerdil dan tertanya-tanya dalam diri, adakah aku mampu.? Alhamduilllah, aku mampu meneruskan pengajian sampai sekarang. Aku juga akan cuba memperbaiki diri untuk terus memperoleh keputusan yang baik.

Sumber Ilham..


Nur Farah Izara (hadapan) dan Nur Fitrin Alisya ( belakang)
Keluarga
Mereka semua adalah jantung hati ku. Aku sangat merindui mereka ketika ini. Ketika berjauhan segala yang berkaitan dengan diri mereka cuba aku bayangkan. Kadang kala tersenyum tersendiri apabila teringat kembali gelagat-gelagat mereka yang mencuit hati.  Jadi,sebagai pengubat rindu, perwatakan dan nama mereka diwujudkan dalam penulisan kreatif walaupun bukan kesemua daripada mereka.

Tentang aku dan dia....


Walaupun kami bersahabat baik, namun tetap wujud perbezaan antara kami.  Matematik, pelajaran yang aku tidak gemari di zaman persekolahan berbeza dengan teman baikku yang sememangnya agak gemar dengan mata pelajaran ini. Dia, tidak terus membiarkan aku terus hanyut disamping pertolongan rakan yang lain, mereka bersam-sama membimbing aku untuk terus berusaha. kesungguhan mereka amat aku kagumi. Sifat teman sebegini, sukar aku temui di sini. sememangnya tidak dinafikan rakan-rakan  di sini turut memberi sokongan tetapi tidak seperti dia. Atikah teman yang baik, teman sehidup semati aku kini. Walaupun subjek Matematik telah mencacatkan keputusan SPM aku, tapi aku mampu melangkah ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Segala usaha dan pengorbanan kami mengulang kaji pelajaran bersama-sama sehingga lewat petang dan kadang kala melakukan sedikit perbincangan di rumah kedua kami dengan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, segala usaha, berkat dan doa ibu bapa dan guru kami mampu bergelar pelajar cemerlang STPM 2011. Saat itu, saat mengembirakan dan memori terindah dalam hidup kami.

Monday, 16 December 2013

Sahabat selamanya..


Sahabat amat penting terutamanya sahabat yang sangat memahami, mendengar luahan hati, ada disaat suka dan duka. Dia, Atikah Binti Zakaria, kini sedang melanjutkan pengajiannya di UPSI.  Cita-cita kami  adalah sama, ingin menjadi seorang guru. Guru yang mampu membimbing anak bangsa ke arah yang lebih baik. Pelbagai kenangan tercipta antara kami. Walaupun kadang kala ada sahaja pekara yang membuat hati masing-masing terguris. Namun, alhamdulillah kami tetap sahabat sehingga sekarang walaupun dia jauh di sana.

Sunday, 15 December 2013

kiamat sudah dekat??



Salji turun kat mesir ?
Mesir dilimpahi dengan salji ?

Hadis Abu Hurairah : Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai2 .

Bila dah salji nanti ice akan cair. bila cair, kemungkinan menjadi sungai adalah tinggi disebabkan oleh tanah yang akan menjadi subur, dan sungai tu lah tanda kiamat SUBHANALLAH... apa2 boleh terjadi dengan kuasa Allah..

it's near to the end of the world, Ya Allah , kau berikanlah kami masa untuk bertaubat kepadamu ya Allah . Amin

PERINGATAN !! Sebahagian dari hari kiamat !!
• Ayat Al quran akan hilang
• Kaabah akan menjadi timbunan tanah
• Sangka kala akan ditiup 2kali

• Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

  Zaman persekolahan dulu, ustazah dan ustaz sering memberi peringatan tentang hari kiamat, sering menyuruh kami bersiap menghadapi hari itu, kerana kita semua tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik.
 Hari ini, tanda-tanda kiamat seakan makin jelas. sampai bilakah bumi ini mampu ini bertahan? cukupkah amal ibadat yang dilakukan untuk menghadap yang maha Esa.
Takut, ya.. itulah perasaan ku kini. Terasa diri amat kerdil.

Saturday, 14 December 2013

Don't judge a book by its cover

pepatah bahasa inggeris ini, sememangnya mempunyai maksud yang cukup mendalam. Jika dilihat pada dunia sekarang, ramai yang melihat penampilan seseorang untuk mengambarkan perwatakan.  Pekara ini tidak sepatutnya sebegitu, kerana sifat luaran yang sempurna belum tentu dapat mengambarkan sifat dalamannya. Munafik, ya orang sebegini mungkin terdiri daripada golongan munafik. Namun, insan biasa seperti kita tidak mampu untuk menilai seseorang dengan lebih terperinci. Hanya Allah S.W.T yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati nuraninya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua...

setahun setengah berada di sini, suatu memori indah tercipta. Guru-gurunya yang sentiasa bersemangat dan berdedikasi . STPM, merupakan satu langkah yang paling dekat untuk diri ini menjejakkan kaki ke menara gading. semua itu tercapai kini, dengan berkat dorongan daripada ibu bapa, guru dan juga usaha yang berterusan. puas.. Itulah perasaan ku, kerana mampu membuatkan insan tersayang tersenyum gembira. 

Rumah kedua..




" rumah ku syurga ku". walaupun rumah kedua bukan suatu yang diinginkan, namun demi cita-cita dan demi masa depan kami semua tinggal di rumah kedua bagi memudahkan proses pembelajaran. tambahan lagi, rumah kedua agak dekat dengan tempat kami semua menimba ilmu. Kami, seramai 7 orang menyewa sebuah rumah berdekatan dengan sekolah. Walaupun tidak besar tetapi cukup selesa untuk kami bersama-sama hidup sebagai keluarga. Hidup berdikari, sememangnya menyeronokkan, kami pergi dan balik sekolah bersama, masak dan makan bersama. Suatu pekara yang patut dikenang dan diingati, iaitu tentang pemilik rumah sewa tersebut. Beliau, kami ibaratkan sebagai ibu kami sendiri, kerana segala hal yang dirasakan tidak patut dilakukan, beliau akan menegur dengan baik dan sering kali menghantarkan makanan kepada kami semua disaat melihat kami semua tidak sempat memasak. mulia hatinya, hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya.

Saturday, 7 December 2013

sayur.

sayur, aku cukup tidak menggemarinya suatu ketika dulu. sering kali dipaksa makan, namun untuk tidak menghampakan ibuku aku mengambilnya. sesudah makan, pasti akan " kantoi ", bertaburan sayur di bawah meja makan. Hanya senyuman yang terukir di wajah ibu. Ibu sangatlah memahami.
Paksaan ibu, membuatkan aku kini lebih gemar akan sayuran.

Wednesday, 4 December 2013

firedrill

lampu mati tiba-tiba di saat waktu menunjukkan jam 2 pagi. Suatu letupan yang kuat kedengaran berulang kali . Firedrill. Kenangan tentang firedrill pernah tercipta dalam hidup aku. ketika itu aku berada di tingkatan tiga dan merupakan tahun pertama tinggal di asrama. pada waktu pagi, kebiasaanya kami satu bilik akan turun ke dewan makan untuk bersarapan bersama-sama tetapi pagi itu ramai bercakap tentang firedrill.
"eh, Aisyah firedrill ke semalam?"
"yela..kau dengan kawan-kawan dah hangus dah semalam kalau betul-betul belaku kebakaran. kami siap naik kejutkan, tapi tak bangun pun."
kami semua gelak serentak mengenangkan apa yang telah belaku.



Tuesday, 3 December 2013

MASIHKAH KAU INGAT??

permainan ini, dulu pernah menjadi satu fenomena bagi kanak-kanak. Namun, itu dulu. kanak-kanak zaman sekarang lebih memilih bermain permainan komputer dan tidak bercampur dengan kanak-kanak lain.
permainan susun bata ini, walaupun sejenis permainan elektronik, perhubungan sesama rakan masih terjalin erat kerana permainan ini dikongsi bersama. Perbezaan ini jelas antara kanak-kanak zaman sekarang dengan kanak-kanak zaman dahulu. permainan ini sering kai dibawa ke sekolah walaupun menjadi suatu larangan tetapi tetap tidak mengganggu proses pembelajaran kerana ianya hanya dikeluarkan waktu rehat.


Monday, 2 December 2013

RESAH

resah, bila memikirkan sesuatu yang diharapkan menjadi milik kita suatu hari nanti menjadi hak orang lain.
resah, memikirkan sesuatu yang bakal terjadi tidak seperti yang diharapkan.
kepada Mu aku memohon, kepada Mu aku berserah.
mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.
biarkan kenangan lama, terbuku dalam kotak memori.

Monday, 25 November 2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi..

Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi adalah sekolah yang menjadi tempat pengajian ku suatu ketika dulu. cuaca sekarang sememangnya akan mengakibatkan banjir di kawasan Pasir Mas dan sekolah ini turut tidak terkecuali. masaih segar diingatan menharungi banjir bersama-sama rakan yang lain untuk menduduki SPM. kenangan, semua itu merupakan suatu kenangan yang tidak akan kembali lagi.


Tabung...

Tabung..
aku suka menabung disaat diri masih lagi dibangku sekolah. Dulu, bagi aku duit syiling adalah duit untuk diletakkan dalam tabung. Duit syiling tidak boleh digunakan untuk membeli " jajan". Tapi itu semua dulu. namun semua itu seakan berulang kembali kerana Alisya iaitu anak saudara ku yang kini berusia 4 tahun juga beranggapan benda yang sama. Baginya, duit syiling hanya patut diletakkan di dalam tabung dan hanya duit kertas yang akan digunakannya untuk membeli " jajan".  Hal ini, seakan sejarah kehidupan kanak-kanak ku yang berulang kembali, namun dalam versi baru.:)


HIDANGAN RINGKAS DI SAAT BERJAUHAN

NASI GORENG TOMYAM
TEO`O AIS LIMAU

Hari yang agak memenatkan kerana harus berkejar dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, setelah membasahkan tekak dengan minuman disaat azan maghrib, terasa suatu kenikmatan, dan juga bersyukur mampu diberi kekuatan untuk berpuasa dan dapat menjamah rezeki yang dikurniakan Nya ini. Terdetik dihati seketika. bersyukur itu perlu bagi setiap orang kerana mungkin ramai insan diluar sana tidak dapat menikmati sesuap nasi pun.
 ketika ini juga, rindu dengan aroma masakan ibu.
rindu...
rindu disaat makan bersama, rindu semua itu.

Sunday, 24 November 2013

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah kerana diberi peluang bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah.
Alhamdulillah untuk segalanya. terasa amat bersyukur kerana, diberi suatu kesedaran agar meneruskan segala tugas-tugas yang tertangguh. Alhamdulillah, walaupun tidak sepenuhnya, namun mampu lagi berusaha untuk menyiapkannya. In sha Allah..

BASIKAL PERTAMAKU

Ketika asyik bermain masak-masak bersam beberapa sepupuku yang lain, abang datang memberi suatu perkhabaran yang mengembirakan. " Zimah, abah belikan basikal untuk kau". tanpa belengah, aku dan beberapa sepupu, belari ke arah rumah ku.  yeyaayyyyyyy....yeyeaayyyy....dapat basikal, berlari dalam keadaan yang sungguh riang. Abah jugalah orang pertama yang mengajar aku untuk menaiki basikal sehingga mampu mengayuh basikal dengan baik. Terasa diri begitu bertuah ketika itu, kerana mendapat abah yang begitu baik. Terima kasih abah.

Saturday, 23 November 2013

MALAM APRESASI GEMILANG

Malam Apresasi Gemilang merupakan acara makan malam kolej Dato'Onn. majlis makan malam satu acara menarik kerana semua warga kolej dapat berkumpul bersama-sama. Namun, aku pada ketika itu mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan. penyambut tetamu VVIP dan VIP. Ya, itulah tugas aku ketika itu. Janggal dan kekok apabila berhadapan dengan golongan atasan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sehingga majlis berakhir. Pengalaman ini, satu pengalaman yang berharga buat diri aku sebagai seorang mahasiswi. pengalaman ini, mungkin boleh aku aplikasikan apabila melangkah ke alam pekerjaan suatu hari nanti .


RINDU..


Meow...meow... rindu saat itu. saat cekpok menunggu kepulangan aku dari sekolah. rindu.. rindu melihat kelincahannya bermain-main. Rindu saat cekpok ingin bermanja dan ingin dibelai. semua itu tinggal kenangan. cekpok pergi untuk selama-lamanya.  Cekpok pergi kerana, dilanggar oleh kereta yang lalu dihadapan rumah. kehilangan cekpok sangat dirasai, cekpok menceriakan suasana rumah. sehingga sekarang, belum menemui pengganti cekpok.
    Dulu, ketika cekpok sakit, aku menjaganya, merawatnya sehingga sembuh dan kembali lincah. rindu semua itu. Rindu cekpok. Mengharapkan ada pengganti cekpok suatu hari nanti.

Saturday, 26 October 2013

MANISNYA KENANGAN LALU

Melayan perasaan sendiri dikamar membawa diri jauh ke negeri kelahiran ku. Kelantan, wujudnya sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi. Sekolah yang dipenuhi dengan masam manis kehidupanku. Di asramanya aku tinggal bersama beberapa rakan sebilik yang lain. Kami, semua mempunyai satu minat yang sama pada waktu itu iaitu melukis. Hujung minggu kami sentiasa digunakan untuk menghias bilik  agar kelihatan lebih menarik. Minat terhadap seni lukisan dalam diri kami kini, telah lenyap kecuali Asyikin kerana minatnya terhadap seni itu amat mendalam sehinggakan dia melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dalam bidang seni halus.

Wednesday, 2 October 2013

HOSPITAL..

  
Tiba- tiba memori silam yang menyebabkan aku dimasukkan hospital dimana satu hari sebelum peperiksaan akhir tahun aku dan pada ketika itu aku baru berada di darjah 3. Kejadian yang belaku dengan begitu singkat dan tak terduga. Hal ini demikian kerana, aku yang mulanya sedang mengulang kaji pelajaran didatangi beberapa orang sepupu yang agak sebaya dan mereka mengajak aku untuk bermain- main dikawasan lapang. Larangan daripada ibu tidak didengari, padahnya, aku balik ke rumah dalam keadaan baju yang berlumuran darah dan menangis sambil menahan kesakitan. Resah dan cemas mula jelas diwajah ibu ketika itu. Sejurus itu, aku dibawa ke hospital oleh ayah dan ibu. Aku seterusnya dibawa ke wad kecemasan dan menerima beberapa jahitan dimulut ekoran daripada terkena dawai yang tajam.kesimpulan yang boleh dilakukan disini ialah, nasihat seorang ibu harus didengari. 

NENEK

                              Fatimah binti Awang, pada umurnya mencecah 70 tahun, beliau meninggalkan kami. Mungkin tuhan lebih menyayanginya.kami sekeluarga redha dengan pemergianya. Namun saat kami sekeluarga bergilir- gilir menjaga sepanjang beliau sakit, suatu pekara yang akan sentiasa di ingatan kami. Walaupun ketika itu, aku msih dibangku sekolah. Aku dan adik sentiasa menghabiskan masa kami dirumah jika tidak mempunyai sebarang  aktiviti disekolah pada waktu petang. Jadi, hidup kami hanya disekitar rumah. Pemergian beliau sesungguhnya membuatkan aku sedikit terkesan kerana hubungan aku dengan arwah nenek boleh dikatakan agak rapat. Hal ini demikian kerana, aku memandikannya,sikat rambutnya,  dan beliau  sentiasa tidur bersama aku, memeluk aku, apabila tubuhnya sakit- sakit,  beliau akan meminta aku mengurutnya.
                              Kenangan aku turut memandikan jenazah arwah nenek, sentiasa akan berada dalam memori aku. Namun begitu, setelah pemergian beliau, aku tidak mampu melelapkan mata di bilik ku sendiri, kerana, aku merasakan beliau terlalu dekat dengan diriku. Jadi selama seminggu, aku  tidur bersama ibuku. Hmmm… terasa tenang bersama ibu. Dalam pada masa yang sama, aku rindu.. rindu senda tawa nenek yang dulu. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang- orang yang beriman. Amin..
                                       
                                                  
                                               Al- fatihah


Friday, 27 September 2013

Bangsa dan agama tidak menjadi penghalang

walaupun kami berbeza bangsa dan berbeza agama, tapi kami tetap menjadi sahabat dulu, kini, dan selamanya. Insyallah..
sejak daripada sekolah rendah, menengah  sehingga ke sekolah menengah atas kami sentiasa bersama. Belajar bersama di kelas yang sama, ianya merupakan suatu kenangan bersama sahabat.  Walaupun kini kami belajar di IPTA yang berlainan,  namun perhubungan antara kami tidak pernah terputus. Ini lah mereka, Manthana a /p prechat dan Rerai a/ p eh deng.


Monday, 23 September 2013

SUKA SANGAT "SPONGEBOB"

           
   “nak tengok kartun”,  diulang berulang- ulang kali ayat itu  diucap kepada ayah. Namun tidak diendahkan selagi segala kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu tidak disiapkan. Hurmmm.. setelah lama memujuk ayah, aku mula mencari akal untuk menonton rancangan kegemaran ku ini.
            “ haaa.. nak kemana pulak tu? “ pertanyaan ayah tidak diendahkan.  Aku berjalan terkedek- kedek ke rumah mak ucu untuk menonton rancangan itu. Aku tahu, mak ucu tidak akan menghampakan aku, beliau sangat menyayangi aku seperti anaknya sendiri. Sesampai di rumah mak ucu. Aku mengetuk pintu rumahnya yang kelihatan tertutup rapat.  “ Mak ucu ooo… mak ucu “. Tiada yang menyahut panggilan ku. Terdetik dihatiku mengatakan “ mak ucu dah keluar kot”.
              sesampai dirumah, satu suara yang sangat ku kenali bertanya “ dapat tengok kartun ke ? “. Lalu ku berkata “ tak , mak ucu tak ada”. Setelah itu, aku menuju ke bilik ku bagi menunjukkan diriku sedang merajuk.
 
  


Friday, 20 September 2013

IBU, KAMI DAPAT BANYAK IKAN

                  Hatiku riang apabila bersama mereka. Siapakah mereka?. Mereka adalah harta ku dunia akhirat iaitu adik- beradikku. Kenangan bersama mereka sememangnya indah, teramat indah. Ketawa, menangis bersama. Walaupun aku merupakan anak tunggal perempuan.  Abang- abang dan adikku tidak pernah mengasingkan aku. Apa jua aktiviti yang dilakukan pasti bersama. Jadi , ini menjadikan hubungan kami terjalin erat. Alhamdulillah dengan keadaan itu.
                      Satu aktiviti yang pernah dilakukan oleh kami adalah menangkap ikan di bendang. Hal ini demikian kerana, kawasan rumahku yang berdekatan dengan sawah padi menyebabkan kami sering  ke sana. Menangkap ikan dengan menggunakan serkap ikan yang dibuat oleh datukku. Ianya  merupakan suatu pengalaman yang bermakna kerana pekara sebegitu mungkin tidak akan berulang kembali. Suara nyaring aku sering memecah kesuyian rumah, dari jauh aku menjerit kepada ibu “ ibu kami dapat banyak ikan”. Ibu hanya tersenyum melihat telatah kami berlima yang balik dalam keadaan berlumpur.


MACAM MANA NI??

                      Pelbagai memori bersama motor ini. motor ini yang dulunya membawa aku dan abang- abangku se sekolah dan motor ini jugalah yang membawa kami bersiar- siar di sekitar kampung. Peristiwa yang mungkin membuat aku sedikit tersentuh ialah ketika ayah mengambil aku daripada sekolah dalam  cuaca hujan lebat pada hari itu. Ayah sanggup meredah hujan dengan hanya memakai baju hujannya yang lapuk kerana tidak mahu aku tertunggu- tunggu akan kehadirannya. Dalam keadaan hujan lebat, kami balik dan kami berkongsi baju hujan yang sama. Tubuhku yang kecil ketika itu, membolehkan diriku berkongsi baju hujan tersebut, tubuh ayah dirangkul erat dan merasa sangat selamat berada disampingnya.

                  Seperti yang dikatakan tadi, motor ini mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri terutama bagi diri aku. Hal ini demikian kerana, ianya merupakan motor pertama yang ditunggang oleh aku bersendirian. Dimana pada ketika itu, aku berusia 13 tahun. Rasa ingin menunggang motor mula membuak- buak apabila melihat rakan – rakan sebaya mampu  menunggang motor sendiri. Tanpa pengetahuan ibu bapaku ketika itu, aku cuba belajar menunggang motor. Namun apabila aku menunggang motor tersebut, ianya mati secara tiba- tiba.  `macam mana ni?` hanya itu yang aku mampu  ungkapkan ketika itu. Rasa takut mula dirasa, adakah ibu dan ayah akan memarahi aku?. ` Aishhh.. macam mana ni?`

Thursday, 19 September 2013

LANGKAH PERTAMA KE MENARA GADING

                     2 september 2012. Suatu detik yang bermakna bagi aku dan juga ibu bapaku. Debaran kali pertama menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia amat dirasai. Perasaan gembira, takut dan macam- macam lagi perasaan melanda jiwa ketika itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu.  Namun disudut hati kecilku ketika itu, rasa gembira yang teramat sangat dirasa apabila melihat kegembiraaan kedua ibu bapaku yang sememangnya mengimpikan aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Syukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan izinya aku mampu merealisasikan  impian kedua ibu  bapaku.
               Walaupun pada zaman persekolahan aku tinggal  di asrama. Namun jarak perhubungan aku dan keluarga adalah dekat. Tapi pada hari itu aku mula sedar  bahawa jarak aku dan keluarga tidak lagi seperti dulu. Pelbagai persoalan mula timbul. Mampukah aku berdikari?. Ternyata persoalan itu bukan sahaja timbul di fikiran aku tetapi turut menjadi persoalan kedua ibu bapaku. Hal ini mungkin disebabkan jarak yang terlalu jauh dan mereka mungkin takut aku terkena kejutan budaya.
                Setelah selesai sesi pendaftaran pada pagi tersebut, ibu turut membantu aku mengemas bilik dan mengucapkan selamat tinggal sambil memeluk erat tubuhku. Disaat berada dalam pelukan ibu, air mata mengalir laju. Mungkin ibu tidak dapat mengawal perasaanya, ibu turut mengalirkan air mata. Pesanannya sebelum meninggalkan aku, ialah ‘ belajar bersungguh- sungguh, zimah kan nak jadi cikgu’
Tercapaikah impian untuk menjadi seorang pendidik? Tuhan sahaja yang tahu, aku hanya mampu berusaha.


SELAMAT PAGI CIKGU...

Assalamualaikum cikgu….
Itulah yang diucapkan oleh kami semua setiap kali cikgu masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran. Tapi zaman itu sudah menjadi satu memori dan ianya merupakan satu memori terindah dalam hidup.
Kenapa terindah?
Persoalan ini sememangnya membuatkan diri ini berasa riang seketika kerana fikiran mula melayang ke zaman diri ku berusia 6 tahun. Dimana aku mula mengenal erti persahabatan yang sebenar dan juga zaman diri ku bersuka ria bersama rakan sebaya. Tadika Kemas, Pasir Mas  Kelantan merupakan suatu tempat yang bermakna, mengenal dan mempelajari dengan lebih baik tentang sesuatu yang diajar adalah keazaman yang ditanam oleh ku ketika itu.
Tidak dinafikan, zaman kanak- kanak adalah suatu kenangan terindah, bagi kanak- kanak semua benda yang dilakukan tidak akan menimbulkan masalah. Belajar bersama, bermain bersama, makan bersama, balik bersama. Itulah rutin seharian aku sepanjang belajar disana. Walaupun, ianya sudah lama berlalu, kenangan bersama tidak akan dilupa.