Hatiku riang apabila bersama
mereka. Siapakah mereka?. Mereka adalah harta ku dunia akhirat iaitu adik-
beradikku. Kenangan bersama mereka sememangnya indah, teramat indah. Ketawa,
menangis bersama. Walaupun aku merupakan anak tunggal perempuan. Abang- abang dan adikku tidak pernah
mengasingkan aku. Apa jua aktiviti yang dilakukan pasti bersama. Jadi , ini
menjadikan hubungan kami terjalin erat. Alhamdulillah dengan keadaan itu.
Satu aktiviti yang pernah
dilakukan oleh kami adalah menangkap ikan di bendang. Hal ini demikian kerana,
kawasan rumahku yang berdekatan dengan sawah padi menyebabkan kami sering ke sana. Menangkap ikan dengan menggunakan serkap
ikan yang dibuat oleh datukku. Ianya merupakan suatu pengalaman yang bermakna
kerana pekara sebegitu mungkin tidak akan berulang kembali. Suara nyaring aku
sering memecah kesuyian rumah, dari jauh aku menjerit kepada ibu “ ibu kami
dapat banyak ikan”. Ibu hanya tersenyum melihat telatah kami berlima yang balik
dalam keadaan berlumpur.
No comments:
Post a Comment