Assalamualaikum cikgu….
Itulah yang diucapkan oleh kami semua setiap kali cikgu
masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran. Tapi zaman itu sudah menjadi
satu memori dan ianya merupakan satu memori terindah dalam hidup.
Kenapa terindah?
Persoalan ini sememangnya membuatkan diri ini berasa riang
seketika kerana fikiran mula melayang ke zaman diri ku berusia 6 tahun. Dimana
aku mula mengenal erti persahabatan yang sebenar dan juga zaman diri ku bersuka
ria bersama rakan sebaya. Tadika Kemas, Pasir Mas Kelantan merupakan suatu tempat yang
bermakna, mengenal dan mempelajari dengan lebih baik tentang sesuatu yang
diajar adalah keazaman yang ditanam oleh ku ketika itu.
Tidak dinafikan, zaman kanak- kanak adalah suatu kenangan terindah,
bagi kanak- kanak semua benda yang dilakukan tidak akan menimbulkan masalah.
Belajar bersama, bermain bersama, makan bersama, balik bersama. Itulah rutin
seharian aku sepanjang belajar disana. Walaupun, ianya sudah lama berlalu,
kenangan bersama tidak akan dilupa.
tahniah saudari azimah.. entri yang menarik.. teruskan usaha ;)
ReplyDelete