Melayan perasaan sendiri dikamar membawa diri jauh
ke negeri kelahiran ku. Kelantan, wujudnya sebuah sekolah yang diberi nama
Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi. Sekolah yang dipenuhi dengan masam
manis kehidupanku. Di asramanya aku tinggal bersama beberapa rakan sebilik yang
lain. Kami, semua mempunyai satu minat yang sama pada waktu itu iaitu melukis.
Hujung minggu kami sentiasa digunakan untuk menghias bilik agar kelihatan lebih menarik. Minat terhadap
seni lukisan dalam diri kami kini, telah lenyap kecuali Asyikin kerana minatnya
terhadap seni itu amat mendalam sehinggakan dia melanjutkan pelajaran
diperingkat diploma dalam bidang seni halus.
No comments:
Post a Comment