Pelbagai memori bersama motor ini. motor ini yang
dulunya membawa aku dan abang- abangku se sekolah dan motor ini jugalah yang
membawa kami bersiar- siar di sekitar kampung. Peristiwa yang mungkin membuat
aku sedikit tersentuh ialah ketika ayah mengambil aku daripada sekolah
dalam cuaca hujan lebat pada hari itu.
Ayah sanggup meredah hujan dengan hanya memakai baju hujannya yang lapuk kerana
tidak mahu aku tertunggu- tunggu akan kehadirannya. Dalam keadaan hujan lebat,
kami balik dan kami berkongsi baju hujan yang sama. Tubuhku yang kecil ketika
itu, membolehkan diriku berkongsi baju hujan tersebut, tubuh ayah dirangkul
erat dan merasa sangat selamat berada disampingnya.
Seperti yang dikatakan tadi,
motor ini mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri terutama bagi diri aku.
Hal ini demikian kerana, ianya merupakan motor pertama yang ditunggang oleh aku
bersendirian. Dimana pada ketika itu, aku berusia 13 tahun. Rasa ingin
menunggang motor mula membuak- buak apabila melihat rakan – rakan sebaya
mampu menunggang motor sendiri. Tanpa
pengetahuan ibu bapaku ketika itu, aku cuba belajar menunggang motor. Namun
apabila aku menunggang motor tersebut, ianya mati secara tiba- tiba. `macam mana ni?` hanya itu yang aku
mampu ungkapkan ketika itu. Rasa takut
mula dirasa, adakah ibu dan ayah akan memarahi aku?. ` Aishhh.. macam mana ni?`
No comments:
Post a Comment