Tabung..
aku suka menabung disaat diri masih lagi dibangku sekolah. Dulu, bagi aku duit syiling adalah duit untuk diletakkan dalam tabung. Duit syiling tidak boleh digunakan untuk membeli " jajan". Tapi itu semua dulu. namun semua itu seakan berulang kembali kerana Alisya iaitu anak saudara ku yang kini berusia 4 tahun juga beranggapan benda yang sama. Baginya, duit syiling hanya patut diletakkan di dalam tabung dan hanya duit kertas yang akan digunakannya untuk membeli " jajan". Hal ini, seakan sejarah kehidupan kanak-kanak ku yang berulang kembali, namun dalam versi baru.:)
No comments:
Post a Comment