Thursday, 19 September 2013

LANGKAH PERTAMA KE MENARA GADING

                     2 september 2012. Suatu detik yang bermakna bagi aku dan juga ibu bapaku. Debaran kali pertama menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia amat dirasai. Perasaan gembira, takut dan macam- macam lagi perasaan melanda jiwa ketika itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu.  Namun disudut hati kecilku ketika itu, rasa gembira yang teramat sangat dirasa apabila melihat kegembiraaan kedua ibu bapaku yang sememangnya mengimpikan aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Syukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan izinya aku mampu merealisasikan  impian kedua ibu  bapaku.
               Walaupun pada zaman persekolahan aku tinggal  di asrama. Namun jarak perhubungan aku dan keluarga adalah dekat. Tapi pada hari itu aku mula sedar  bahawa jarak aku dan keluarga tidak lagi seperti dulu. Pelbagai persoalan mula timbul. Mampukah aku berdikari?. Ternyata persoalan itu bukan sahaja timbul di fikiran aku tetapi turut menjadi persoalan kedua ibu bapaku. Hal ini mungkin disebabkan jarak yang terlalu jauh dan mereka mungkin takut aku terkena kejutan budaya.
                Setelah selesai sesi pendaftaran pada pagi tersebut, ibu turut membantu aku mengemas bilik dan mengucapkan selamat tinggal sambil memeluk erat tubuhku. Disaat berada dalam pelukan ibu, air mata mengalir laju. Mungkin ibu tidak dapat mengawal perasaanya, ibu turut mengalirkan air mata. Pesanannya sebelum meninggalkan aku, ialah ‘ belajar bersungguh- sungguh, zimah kan nak jadi cikgu’
Tercapaikah impian untuk menjadi seorang pendidik? Tuhan sahaja yang tahu, aku hanya mampu berusaha.


2 comments:

  1. Sdr Azimah
    TAHNIAH.
    blog yang "aman". mudah dibaca (tanpa dandanan yang berlebih-lebih).
    sila maklumkan di entri terkini atau "follow" blog saya.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. nice..semoga tercapai apa yg diimpikan

    ReplyDelete