Friday, 27 September 2013

Bangsa dan agama tidak menjadi penghalang

walaupun kami berbeza bangsa dan berbeza agama, tapi kami tetap menjadi sahabat dulu, kini, dan selamanya. Insyallah..
sejak daripada sekolah rendah, menengah  sehingga ke sekolah menengah atas kami sentiasa bersama. Belajar bersama di kelas yang sama, ianya merupakan suatu kenangan bersama sahabat.  Walaupun kini kami belajar di IPTA yang berlainan,  namun perhubungan antara kami tidak pernah terputus. Ini lah mereka, Manthana a /p prechat dan Rerai a/ p eh deng.


Monday, 23 September 2013

SUKA SANGAT "SPONGEBOB"

           
   “nak tengok kartun”,  diulang berulang- ulang kali ayat itu  diucap kepada ayah. Namun tidak diendahkan selagi segala kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu tidak disiapkan. Hurmmm.. setelah lama memujuk ayah, aku mula mencari akal untuk menonton rancangan kegemaran ku ini.
            “ haaa.. nak kemana pulak tu? “ pertanyaan ayah tidak diendahkan.  Aku berjalan terkedek- kedek ke rumah mak ucu untuk menonton rancangan itu. Aku tahu, mak ucu tidak akan menghampakan aku, beliau sangat menyayangi aku seperti anaknya sendiri. Sesampai di rumah mak ucu. Aku mengetuk pintu rumahnya yang kelihatan tertutup rapat.  “ Mak ucu ooo… mak ucu “. Tiada yang menyahut panggilan ku. Terdetik dihatiku mengatakan “ mak ucu dah keluar kot”.
              sesampai dirumah, satu suara yang sangat ku kenali bertanya “ dapat tengok kartun ke ? “. Lalu ku berkata “ tak , mak ucu tak ada”. Setelah itu, aku menuju ke bilik ku bagi menunjukkan diriku sedang merajuk.
 
  


Friday, 20 September 2013

IBU, KAMI DAPAT BANYAK IKAN

                  Hatiku riang apabila bersama mereka. Siapakah mereka?. Mereka adalah harta ku dunia akhirat iaitu adik- beradikku. Kenangan bersama mereka sememangnya indah, teramat indah. Ketawa, menangis bersama. Walaupun aku merupakan anak tunggal perempuan.  Abang- abang dan adikku tidak pernah mengasingkan aku. Apa jua aktiviti yang dilakukan pasti bersama. Jadi , ini menjadikan hubungan kami terjalin erat. Alhamdulillah dengan keadaan itu.
                      Satu aktiviti yang pernah dilakukan oleh kami adalah menangkap ikan di bendang. Hal ini demikian kerana, kawasan rumahku yang berdekatan dengan sawah padi menyebabkan kami sering  ke sana. Menangkap ikan dengan menggunakan serkap ikan yang dibuat oleh datukku. Ianya  merupakan suatu pengalaman yang bermakna kerana pekara sebegitu mungkin tidak akan berulang kembali. Suara nyaring aku sering memecah kesuyian rumah, dari jauh aku menjerit kepada ibu “ ibu kami dapat banyak ikan”. Ibu hanya tersenyum melihat telatah kami berlima yang balik dalam keadaan berlumpur.


MACAM MANA NI??

                      Pelbagai memori bersama motor ini. motor ini yang dulunya membawa aku dan abang- abangku se sekolah dan motor ini jugalah yang membawa kami bersiar- siar di sekitar kampung. Peristiwa yang mungkin membuat aku sedikit tersentuh ialah ketika ayah mengambil aku daripada sekolah dalam  cuaca hujan lebat pada hari itu. Ayah sanggup meredah hujan dengan hanya memakai baju hujannya yang lapuk kerana tidak mahu aku tertunggu- tunggu akan kehadirannya. Dalam keadaan hujan lebat, kami balik dan kami berkongsi baju hujan yang sama. Tubuhku yang kecil ketika itu, membolehkan diriku berkongsi baju hujan tersebut, tubuh ayah dirangkul erat dan merasa sangat selamat berada disampingnya.

                  Seperti yang dikatakan tadi, motor ini mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri terutama bagi diri aku. Hal ini demikian kerana, ianya merupakan motor pertama yang ditunggang oleh aku bersendirian. Dimana pada ketika itu, aku berusia 13 tahun. Rasa ingin menunggang motor mula membuak- buak apabila melihat rakan – rakan sebaya mampu  menunggang motor sendiri. Tanpa pengetahuan ibu bapaku ketika itu, aku cuba belajar menunggang motor. Namun apabila aku menunggang motor tersebut, ianya mati secara tiba- tiba.  `macam mana ni?` hanya itu yang aku mampu  ungkapkan ketika itu. Rasa takut mula dirasa, adakah ibu dan ayah akan memarahi aku?. ` Aishhh.. macam mana ni?`

Thursday, 19 September 2013

LANGKAH PERTAMA KE MENARA GADING

                     2 september 2012. Suatu detik yang bermakna bagi aku dan juga ibu bapaku. Debaran kali pertama menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia amat dirasai. Perasaan gembira, takut dan macam- macam lagi perasaan melanda jiwa ketika itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu.  Namun disudut hati kecilku ketika itu, rasa gembira yang teramat sangat dirasa apabila melihat kegembiraaan kedua ibu bapaku yang sememangnya mengimpikan aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Syukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan izinya aku mampu merealisasikan  impian kedua ibu  bapaku.
               Walaupun pada zaman persekolahan aku tinggal  di asrama. Namun jarak perhubungan aku dan keluarga adalah dekat. Tapi pada hari itu aku mula sedar  bahawa jarak aku dan keluarga tidak lagi seperti dulu. Pelbagai persoalan mula timbul. Mampukah aku berdikari?. Ternyata persoalan itu bukan sahaja timbul di fikiran aku tetapi turut menjadi persoalan kedua ibu bapaku. Hal ini mungkin disebabkan jarak yang terlalu jauh dan mereka mungkin takut aku terkena kejutan budaya.
                Setelah selesai sesi pendaftaran pada pagi tersebut, ibu turut membantu aku mengemas bilik dan mengucapkan selamat tinggal sambil memeluk erat tubuhku. Disaat berada dalam pelukan ibu, air mata mengalir laju. Mungkin ibu tidak dapat mengawal perasaanya, ibu turut mengalirkan air mata. Pesanannya sebelum meninggalkan aku, ialah ‘ belajar bersungguh- sungguh, zimah kan nak jadi cikgu’
Tercapaikah impian untuk menjadi seorang pendidik? Tuhan sahaja yang tahu, aku hanya mampu berusaha.


SELAMAT PAGI CIKGU...

Assalamualaikum cikgu….
Itulah yang diucapkan oleh kami semua setiap kali cikgu masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran. Tapi zaman itu sudah menjadi satu memori dan ianya merupakan satu memori terindah dalam hidup.
Kenapa terindah?
Persoalan ini sememangnya membuatkan diri ini berasa riang seketika kerana fikiran mula melayang ke zaman diri ku berusia 6 tahun. Dimana aku mula mengenal erti persahabatan yang sebenar dan juga zaman diri ku bersuka ria bersama rakan sebaya. Tadika Kemas, Pasir Mas  Kelantan merupakan suatu tempat yang bermakna, mengenal dan mempelajari dengan lebih baik tentang sesuatu yang diajar adalah keazaman yang ditanam oleh ku ketika itu.
Tidak dinafikan, zaman kanak- kanak adalah suatu kenangan terindah, bagi kanak- kanak semua benda yang dilakukan tidak akan menimbulkan masalah. Belajar bersama, bermain bersama, makan bersama, balik bersama. Itulah rutin seharian aku sepanjang belajar disana. Walaupun, ianya sudah lama berlalu, kenangan bersama tidak akan dilupa.